about ● chat ● eNovel ● archives


Sunday, June 15, 2014
Andainya, Kau Milikku.. Bab 2 @ 5:39 AM


Awal pagi lagi aku sudah keluar. Kalau tunggu mummy and daddy breakfast memang akan keluar soalan semalam.So, baik aku keluar dulu. Nak jalan ke mana ya? Lagu As long as you love me menyedarkan aku dari lamunan. Siapa yang telefon pagi-pagi ni?! Nombor tidak dikenali di skrin. Huh? Siapakah?

“Hello. Eliana Marsya?” terdengar suara lelaki ditalian.

“Hello. Yes, Siapa?” soalku.

“Zamir..”

“Oh..Nak hape?” tanyaku.

Diam seketika kami ditalian. Aku menanti dengan tenang. Baru je aku nak buka mulut, dia dah cakap!

“Actually, I...I nak jumpa you. Ada hal nak cakap.” Ujarnya.

“Cakap dalam telefon tak boleh ke?” malas sebenarnya nak jumpa dia! Nak aje aku mengelak. Nak bagi alasan apa pulak eh?

“No! Hal penting ni. I tunggu you dekat Eiffel Tower okay?” tut..tut..tut.. cis!  Baru nak bagi alasan tak nak pergi, dia dah matikan talian. Huh! Apa hal yang penting sangat, aku pun tak tahu. Aku mencebik.

“Nasib je Eiffel Tower ni dah nak dekat. Tak payah susah-susah naik kereta.”

“DARLING..” daddy tercari-cari kelibat mummy. Tak ada! Agak cuak daddy dibuatnya. Hai la! Mana pulak perginya bini aku ni. Sudahlah anak manja aku pagi-pagi lagi sudah keluar. Ni mesti kes protes tak nak kahwin letew. El..El.. daddy sudah geleng kepala. Haha!

“Daddy, kenapa?” tanya mummy.

“I cari youlah.” Balas daddy.

“Nak apa? I ada je dekat bawah.”

“I rasa I nak percepatkan lagi perkahwinan anak kita. Dia nak ke tak, dia mesti ikut cakap I.” Agak keras percakapan daddy di hujung ayat.

“But..”

“Syyy..I ada plan macam mana nak satukan El dengan Zamir.” Daddy lebih pantas memotong cakap mummy. Kini, daddy tersenyum gembira.Ceh! nak dapat menantu ala-ala Filipino mana tak suka.

“I ikut je kalau itu yang terbaik buat El. I sedih dengan El. Semua lelaki dia tak percaya. Sampai bila dia nak membujang. At least, bila kita tiada boleh la ada orang yang jaga dia.”

***

Aku mencari-cari kelibat Zamir. Heisy.. mana pulak budak ni?! Hmm.. cantik juga Eiffel tower ni. Selfie dulu jom!! Haha..

“Hai,Tiara.” Aku tersentak. Tiara? Malaun ni dah lupa nama aku ke apa? Huh!

“Tiara?” aku mengangkat kening tanda tanya. “You dah lupa nama I ke ? Umur you berapa eh? Selalunya orang yang meningkat umur ni orang yang pelupa.” sindirku.Hehe!

Berkerut dahi dia.Padan muka! Nama aku punyalah sedap daddy kasi. Dia sesenang je tukar. Kau siapa nak tukar nama aku?!

“Sorry El. Can I call you Tiara?” tanya dia.

“Why ?” soalan dia tidakku jawab.

“I don’t know. Muka you macam sesuai je panggil Tiara.” Ujarnya.

“Whatever. Straight to the point ajelah encik Zamir Zackry.” Senyumku. Tak ikhlas pun senyuman tu. Haha! Zamir membetulkan rambutnya yang ditiup angin. Ahaoiii..Handsome giler!

“Kenapa you tengok I macam tu? Handsome sangat ke?” Zamir cuba menahan tawanya dari terlepas bila melihat muka aku sudah merah. Aku mencebik. Huh! Perasan betul mamat ni. Ada jugak nak makan kasut ni. Malunya! Itulah kau El..Siapa suruh tenung anak teruna orang macam tu.

“El..Firstly, saya nak minta maaf kat awak sebab saya dah lama intip awak. Second, saya dah lama jatuh cinta dengan awak. Saya cuba rapat dengan daddy awak sebab saya tahu bukan senang nak awak jatuh cinta dengan saya selepas apa yang dah terjadi. Saya mula kenal awak masa awak dengan abang saya couple. Dia banyak cerita pasal awak dekat saya. Abang saya beruntung dapat awak. Tapi umur dia tak panjang.” Aku hanya terdiam.Terkedu. Terkejut, semua ada!

“Abang saya,Nazrul Naim. Dia pernah cakap dekat saya, dia tak sanggup jaga awak sebab awak terlalu baik dengan dia sedangkan dia permainkan awak. Dia couple dengan awak sebab dia sahut cabaran kawan-kawan dia. Bila dia kenal awak, dia mula berubah. Dia rasa dia tak layak untuk awak. Sebab itu, dia upah perempuan untuk berlakon jadi scandle. Saya tahu mungkin awak akan benci saya..Tapi, percayalah. Saya suka awak!” ujarnya perlahan.

Rasa nak pengsan je dengar semua yang Zamir cakap. Zamir adik Nazrul ? Nazrul cakap dia anak tunggal. Serta-merta air mataku mengalir. Zamir yang duduk disebelahku terus mengesat air mataku. Berat rasanya nak terima kenyataan ini. Apa yang dah berlaku ni ? Drama apakah ? Mummy!!! Daddy!!! Be strong, Eliana Marsya!!

AKU melangkah masuk  ke dalam rumah. Telinga ku masih terngiang-ngiang semua percakapan Zamir. Lantas beg tanganku diletak diatas sofa. Penat! Aku melihat daddy dan mummy turun ke bawah dengan satu surat. Surat apakah? “Hai anak daddy dah balik?” sapaan daddy aku endahkan.
“El.. Mummy and daddy nak pergi umrah next month. So, kita orang nak satukan El dengan Zamir secepatnya." tergumam aku. Biar betul! Alahaii..

"But mi.. tak ke terlalu cepat? El baru je kenal Zamir. Zamir mesti ada calon isteri diakan.." balasku.


"He's love you. I know it and I'm sure you'll fall in love with him. Cuba bagi Zamir peluang untuk rebut hati El." kali ini daddy pula yang cakap. Berat rasa hati ni nak nikah dengan dia. Solat istikharah sudah aku buat 3 malam. Rasanya, aku.....

about
Anak Jati Kedah :3 #KakiBola #KakiNovel #AAFC #WZH25 #MR11 #BB7

create &inspire.