about
● chat
● eNovel
● archives
Tuesday, May 20, 2014
Andainya,Kau Milikku... bab 1 @ 7:22 PM
Assalamualaikum,salam 1 Malaysia bloggers :) have a great day!!
Hari demi hari telah ku lewati. Pelbagai ragam manusia sudah ku temui. Dan ku masih terus menunggu tetap memikirkanmu tetap mencintai dirimu. Pagi ini sangat indah dengan burung berkicauan. Welcome To Paris, Eliana Marsha. Yeayyy!!
“Hello mummy, I’m already in Paris. Where are you now?” sudah lama aku menunggu mummy tetapi sampai sekarang tak sampai lagi.
“Hello darling. Sorry I’m late. Tadi mummy ada meeting with our client.” Ujar mummy.
Paris? Bukan arah tujuku yang sebenar. Tujuan yang sebenar nak cara calon suami. Haha! Baik cari lelaki mat saleh dari lelaki Malaysia. Sekali aku dilukai sampai bila-bila luka ni tak akan hilang. Sakit yang aku rasa tak siapa yang tahu. Cuma aku pendam dan tiba masanya semua akan ‘meletops’.
Teruja aku mengenalmu bermimpi memilikimu tanpa perlu ku mengendahkan dunia. Bait-bait lirik lagu Babak Pertama nyanyian Drama Band terus ku hafal. Banyak makna di setiap lirik. Bila ku teringat apa yang sudah terjadi pada diriku di Malaysia,terus sebak hati ini. Sesungguhnya sakit yang teramat. Apa boleh buat? Keep Calm & Fake Smile je yang mampu.
Aku terus melangkah mengikut kaki. Kemana saja kaki ini melangkah aku juga melangkah. Tanpa aku sedari aku sudah terlanggar seorang lelaki Malaysia kacukan Filipina. Awww!! Handsome!! “Opss..Sorry..”
“It’s okay. Orang Malaysia ke?” tanya dia.
“Yes.” Pendek saja ucapan ku.
“Stay mana? Buat apa jalan seorang kat sini?”
“Sorry , I’ve to go now.” Memandangkan mummy sudah pun sampai, aku terpaksa melupakan soalan dia.
***
“Perhatian kepada semua penumpang AZ Airlines, kita ada kecemasan. Sila patuhi arahan krew-krew kami. Diharap semua penumpang dapat bersabar.” Kata seorang krew penerbangan AZ Airlines.
Semua penumpang sudah pun panik dengan situasi berkenaan. Hampir 50 peratus bahagian ekor pesawat sudah terbakar. Degupan jantungku semakin laju. Ya Allah, selamatkanlah kami. Lindungilah kami. Ampunkan dosa-dosa kami.
Hanya doa yang mampu. Biarlah takdir menentukan segalanya. Aku redha andai ini yang sudah tertulis untuk aku.
“Goodbye El. Please take care of yourself. Forgive me. I’m sorry for what I have done to you. InsyaAllah, umur panjang kita jumpa lagi.” Senyum Nazrul kepada Eliana sebelum dia berlepas ke Hong Kong.
Eliana termenung sendiri mengenangkan kali terakhir dia mendengar ayat yang keluar dari mulut Nazrul Naim sebelum Nazrul dan penumpang serta anak kapal AZ Airlines terhempas. Sedih juga tetapi dia masih belum bisa melupakan apa yang Nazrul lakukan terhadapnya. Sakit hati ini hanya Tuhan yang tahu.
“Assalamualaikum El.Auntie ni. Err..Actually auntie call ni sebab nak bagitahu El yang Nazrul dah meninggal.” Terngiang-ngiang lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh Mummy Nazrul. Begitu sebak bila mengetahui Nazrul sudah kembali ke tempat asalnya.
***
“Daddy!! I really miss you! Daddy sihat?” tanyaku apabila melihat kelibat daddy di ruang tamu sambil berbual-bual dengan seorang jejaka. Macam pernah nampak! Tapi...
“Come here,honey. I miss you too. Alhamdunillah daddy sihat. We need to talk about your future.” Berkerut dahi aku bila daddy menghabiskan ayatnya yang terakhir. Future?! Ini pasti suruh aku bawa balik calon suami. Arhh...tidakk!! I’m not readylah daddy. Seperti yang dijangka,tekaan aku sememangnya benar! See?! Mummy!!! Tolong back up El.
“Sayang..Nak ke mana tu?” mummy yang menyedari aku mula melangkah menaiki anak tangga. “Heee.. El nak naik atas,rehat.Penatlah.” otak tolong kasi ayat power sikit supaya aku tak kena duduk dekat sini. Huaaa...nak nangis je! Dah la benda yang lepas tak settle lagi.Hmm...
“Tunggu sekejap. Mummy and daddy ada benda nak bagitahu. Duduklah dulu. Ni mummy nak kenalkan Zamir Zackry.” Nak ke tak terpaksalah duduk.Alahai. Handsome jugak! Haha..
Senyuman yang dilempar Zamir cukup manis sekali. Oh cair okay! Haha.. Untung siapa yang jadi makwe dia. Tergoda I.. Perasaan semakin galak..Bukan selalu nampak lelaki handsome , mulalah tu menggedik.Eliana Marsya, tolong jaga tingkahlaku anda! Jangan tertipu El. Semua lelaki sama sahaja. Suka menyakitkan hati kaum wanita.
“Zamir Zackry. Boleh panggil I Zamir or Zack.”
“Eliana Marsya. Just call me El.”
Senyum lebar si Zamir ni.Huh! “Daddy, kalau tak ada apa-apa lagi,El nak naik atas” harap-haraplah daddy kasi naik atas. Rimas bila direnung oleh Zamir ni.
“Sekejap!” pantas tanganku ditarik. Agak berubah riak wajahku.
“El..Zamir ni bakal suami awak.” Rasa nak pengsan! Oh no....Ni mesti mimpi je..
bersambung...